Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sungai Pancing siap Julai 2026

KUANTAN – Kementerian Kerja Raya akan memastikan projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Sungai Pancing, dekat sini, yang dilanjutkan tempoh siap sehingga Julai 2026 tidak lagi berdepan kelewatan.

Projek bernilai RM197.98 juta itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk Kementerian Pertahanan dan dimulakan pada 27 Ogos 2021.

Ia pada asalnya dijadualkan siap pada 23 Januari 2025, namun terpaksa dilanjutkan selepas berdepan beberapa masalah teknikal.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan laporan kemajuan sehingga 31 Ogos lalu, status kerja sebenar mencatatkan kira-kira 50 peratus, selari dengan jadual semasa.

Katanya, kontraktor dilantik turut memberi jaminan bahawa projek itu disiapkan mengikut jadual baharu yang ditetapkan.

“Seperti biasa dalam projek, ada isu-isu luar kawalan termasuk berkaitan tapak, pihak berkuasa tempatan dan utiliti.

“Namun perkara itu sudah diselesaikan dan kini fokus sepenuhnya diberikan kepada kerja pembinaan.

“Walaupun pada tahap 50 peratus, mereka yakin projek ini boleh disiapkan dalam tempoh kurang setahun lagi,” katanya ketika meninjau tapak projek itu, hari ini.

Nanta Linggi berkata, projek itu merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk banglo, rumah berkembar serta blok apartmen pelbagai kelas dengan jumlah keseluruhan lebih 280 unit.

Selain itu, katanya, pelbagai kemudahan sokongan turut dibangunkan seperti padang bola, taman permainan, taska, tadika, rumah bakat, pencawang Tenaga Nasional Berhad, menara tangki air, sistem kumbahan moden serta kemudahan parkir mencukupi.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kelewatan projek Pan Borneo di Sabah, beliau berkata, kelewatan projek Pan Borneo bagi pakej 1B di negeri dibawah bayu itu kini sedang diatasi menerusi penyerahan surat setuju terima kepada kontraktor pada September tahun lalu.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

  • By Fandi
  • September 14, 2026
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia