MB Johor tegas isu bendera terbalik tidak boleh dibiarkan

PASIR GUDANG – Perbuatan memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik tidak boleh dibiarkan kerana tindakan itu seolah-olah memperlekehkan simbol negeri dan negara.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perbuatan tersebut amat mendukacitakan dan undang-undang perlu ditegakkan agar kesilapan tidak berulang.

“Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa isu ini tidak boleh dibiarkan. Namun, pada masa yang sama, kita tidak boleh leka atau terperangkap dengan hal ini sehingga melupakan agenda besar kemerdekaan.

“Undang-undang mesti ditegakkan, kesilapan mesti diperbetulkan. Namun, semangat merdeka menuntut kita untuk memandang jauh ke hadapan, bagaimana Johor dan Malaysia dapat terus maju, makmur serta dihormati di mata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han, pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Daerah Johor Bahru di Laman Xtreme Pasir Gudang, di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengarahkan sebuah klinik gigi dan pasar raya mini di Pekan Nanas ditutup selama 30 hari kerana kesalahan memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di premis masing-masing.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menyeru seluruh rakyat Johor menjayakan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan.

“Biarlah setiap rumah, sekolah, kampung, pejabat dan premis perniagaan dihiasi dengan bendera kebanggaan kita.

“Biar bumi Johor ini menjadi lautan merah, putih, biru dan kuning, tanda cinta yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air,” ujarnya.

Menurut beliau, pengibaran bendera bukan sekadar simbol, sebaliknya perlu dijadikan semangat untuk membakar jiwa rakyat agar terus berbakti, bekerja keras dan menyumbang kepada kejayaan negeri serta negara.

“Jiwa merdeka yang sebenar bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi bebas daripada belenggu pemikiran negatif, sikap berpecah belah dan prejudis.

“Jiwa merdeka adalah keteguhan rakyat untuk bersatu hati, memupuk integrasi sosial, memperkukuh ekonomi serta membina masyarakat yang harmoni, progresif dan berdaya saing,” tegasnya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar