Orang ramai sanggup beratur panjang tebus bantuan SARA RM100

SUNGAI PETANI – Rata-rata penduduk di bandar ini mula mendapatkan barangan keperluan selepas sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tergendala pada Ahad kembali pulih.

Tinjauan media di sebuah pasar raya di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari Isnin mendapati orang ramai berpusu-pusu memilih barangan keperluan untuk ditebus menggunakan Bantuan SARA RM100 yang dikreditkan sejak Ahad lalu.

Seorang suri rumah, Amira Mat Tahir, 39, berkata, beliau terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran kerana jumlah pelanggan terlalu ramai.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana hanya tiga kaunter sahaja dibuka bagi urusan penebusan.

“Semalam diberitahu sistem tergendala, jadi hari ini saya cuba datang. Boleh beli, cuma ramai orang.

“Saya sudah beratur 25 minit, tetapi rasanya masih lama perlu tunggu. Ramai juga pelanggan tinggalkan troli sebab tak tahan menunggu lama atau ada urusan lain,” katanya.

Sementara itu, Bidin Derani, 60, dan isterinya, Norlela Abdullah, 52, meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli barangan asas seperti beras dan minyak masak menggunakan bantuan tersebut.

“Kami mai (datang) dengan anak. Alhamdulillah, dapat beli semua ini tanpa perlu guna duit sendiri.

“Banyak juga kami belanja sebab guna Bantuan SARA saya dan isteri, jadi jumlahnya RM200, tak payah tambah duit.

“Semalam anak dah mai nak beli, tapi tak boleh guna. Nasib baik hari ini boleh,” jelasnya.

Menurut Bidin, bantuan tersebut amat membantu mengurangkan beban kos sara hidup memandangkan harga barangan semakin meningkat.

Bagi pekerja swasta, Choo Tai Jie, 42, beliau masih belum menebus Bantuan SARA sejak mengetahui sistem itu tergendala pada hari pertama.

“Bantuan ini sangat membantu kurangkan kos sara hidup. Semalam tak boleh guna, hari ini mungkin ramai, jadi saya biar orang lain beli dulu.

“Hari ini juga 1 September, ada orang baru dapat gaji dan ada bantuan SARA bulanan. Ditambah pula dengan jualan diskaun sempena merdeka, jadi masih ramai orang.

“Saya akan tunggu seminggu dua lagi untuk tebus sebab bantuan ini boleh digunakan sehingga hujung tahun,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Bantuan SARA RM100 sekali beri kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.

Bantuan ini mula dikreditkan pada 31 Ogos 2025 dan boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing di semua premis jualan yang ditetapkan.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data