Lagi gempa bumi lemah dilapor di Segamat

GEMPA bumi lemah sekali lagi direkodkan di Segamat pagi tadi dengan 2.7 pada skala Richter pada 7.29 pagi.

Ia menjadikan kejadian kali ini gegaran kelima dalam tempoh lapan hari di daerah itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran berada di koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“Kejadian ini berpusat kira-kira dua kilometer barat laut dari Segamat dan gegaran mungkin dirasai di sekitar daerah ini,” menurut kenyataan itu.

METMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.

Sebanyak empat gegaran direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5) dan 4.24 pagi semalam (3.4).

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih