Permainan ‘francais’ Muhyiddin punca PN bungkus di PRK DUN Nenggiri

PUTRAJAYA – Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin “francaiskan” Bersatu kepada bekas warlord UMNO antara punca utama gabungan itu mengalami kekalahan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri .

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, tindakan Presiden Bersatu itu menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Tan Sri Annuar Musa dan Pas bagi kempen di kawasan itu tidak pernah dilakukan oleh parti politik di negara ini.

“Muhyiddin telah francaiskan penyertaan Bersatu dalam PRK DUN Nenggiri kepada Pas dan Annuar Musa. Ini adalah suatu yang luar biasa bagi mana-mana parti politik.

“Lebih-lebih lagi bagi pemimpin utamanya yang sampai hari ini maseh terkilan sehingga mengungkit keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak melantiknya sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas strategi PN di Nenggiri yang secara rasmi ditandingi oleh Bersatu melalui calon Mohd Rizwadi Ismail yang menyertai parti itu daripada Pas hanya dua hari sebelum hari penamaan calon.

Lebih menyedihkan tiga calon yang dicadangkan oleh Bersatu Negeri Kelantan sanggup diketepikan demi mengikut nafsu dan strategi yang telah ‘diutarakan’ oleh kepimpinan tertinggi Pas, bukannya PN.

Dalam pada itu, Shahrir berkata, kekalahan itu membuktikan rakyat di Kelantan sudah bijak melihat permainan jijik Pas, semata- mata hanya mahu mengekalkan kedudukan di DUN Nenggiri.

Beliau dengan nada sinis memaklumkan Pas seharusnya meletakkan calonnya berikutan Bersatu tidak mempunyai kekuatan akar umbi dan kebanyakan ahlinya sudah keluar parti kerana meragui sikap kepimpinan tertinggi dalam memilih calon.

“Mengapa Pas bermain ‘hide and seek’? Ambil francais dari Bersatu! Letak ahlinya sebagai calon lompat! Bersatu di Kelantan kosong dan lompong.
“Jangan main sembunyi lagi! Jangan malu-malu. Mara ke depan, kan dah ada itu Dr Sam (Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

PRK DUN Nenggiri semalam menyaksikan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, daripada Barisan Nasional (BN) menang besar selepas memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi Ismail, yang meraih 5,739 undi.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti