Wan Rosdy rakam tahniah untuk Azmawi

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri membuktikan keyakinan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat, terutamanya di Kelantan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemenangan itu adalah hasil daripada usaha bersama, dedikasi dan komitmen berterusan semua pihak.

Beliau turut memanjatkan kesyukuran ke atas kemenangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana memilih serta memberi kepercayaan kepada Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih mesra dipanggil Awie untuk mewakili dan membawa suara mereka.

“Syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani kerana telah memenangi PRK Nenggiri.

“Semoga saudara Awie dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah diberikan sebaik mungkin untuk membela nasib serta memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat di Nenggiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy turut mengucapkan tahniah kepada semua jentera BN yang berhempas pulas selama dua minggu dalam tempoh kempen PRK itu.

Dalam PRK yang berlangsung semalam, Mohd Azmawi Fikri mendapat majoriti sebanyak 3,352 undi menewaskan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail.

Keputusan rasmi itu diperoleh selepas kiraan semua 46 saluran peti undi di 20 Pusat Daerah Mengundi dan sebanyak 135 kertas undi ditolak.

PRK Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi luar jangka selepas bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Related Posts

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

KUANTAN – Pas dilihat makin kehabisan idea apabila meniru slogan ‘Aku Budak UMNO’ yang diperkenalkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Akmal Saleh semasa konvensyen parti itu baru-baru ini. Berdasarkan poster…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas