Kenaikan gaji: Berhati-hati, ada majikan yang zalim

KETIKA mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada Jumaat, secara tegas Perdana Menteri – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa majikan bertindak ke atas kakitangan yang culas melaksanakan tanggungjawab.

Peringatan itu bagus, tepat, dan sangat kena pada masanya kerana kita memerlukan pekerja yang tinggi komitmennya dalam melaksanakan tugas sehari-hari.

Tidak dinafikan selama ini ada segelintir pekerja culas melaksanakan tanggungjawab tetapi ada juga yang ‘terselamat’ kerana mereka bergantung pada ‘kabel’ yang kuat.

Ada yang masuk lambat, keluar awal; lesap entah ke mana, malahan skop kerja tidak dipatuhi tetapi dibiarkan begitu sahaja lepas bebas.

Apabila ada pihak merungut akan perihal itu, majikan akan berkata lebih kurang begini: “Dok soh ccaralah ke dia. Kalu layan ke dia, dok jjadi apa satu kerja kita.” (Tak perlulah ambil tahu hal dia. Jika dilayan perangainya, kerja kita langsung tak terlaksana).

Sesekali pekerja yang culas itu ‘berbuat baik’ , majikan memujinya melangit di hadapan kakitangan lain sehingga ada pihak berasa loya, nak terkeluar isi perut – muntah hijau!

Itu bukan kisah dongeng; bukan kisah 1,001 malam; bukan Hikayat Malim Deman. Itu kisah nyata yang berakar umbi dalam sistem perkhidmatan awam kita.

Kalau ada pihak yang tidak percaya, silakanlah turun ke lapangan, laksanakan tinjauan empirikal; insya-Allah maklumat yang autentik akan diperoleh. Silakan!

Dalam sesetengah kes pula, kedua-dua pihak ini nampak seolah-olah kuli dan majikan ketika berada dalam suasana rasmi, namun di luar suasana rasmi, mereka amat akrab.

Bagi sesetengah kes lain pula, mereka bukan sahaja ‘amat akrab’ luar waktu rasmi, malahan boleh ‘bergurau senda’ dalam majlis yang sepatutnya ada batas tertentu.

Adakah hal seumpama itu masih lagi berlaku dalam organisasi perkhidmatan awam?

Jawapannya boleh dinukilkan jika ada pihak benar-benar cakna; sanggup turun padang. Lagi satu, jangan salahkan penulis. Ini bukan hasutan. Ini cetusan maklumat!

Yang lebih malang, ada majikan yang menganiayai kakitangannya kerana tidak suka akan kakitangan itu berasaskan hal peribadi; bukannya bersangkutan kerja hakiki.

Majikan sebegitu akan memberi penilaian prestasi yang rendah kepada kakitangannya!

Hal sebegini bukan kes tersorok. Berhati-hatilah!

Related Posts

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

BERDASARKAN laporan global, ketika ini dunia masih bergelut dengan krisis tenaga global, ketidaktentuan geopolitik dan pertumbuhan ekonomi yang kekal perlahan. Namun Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memilih pendekatan berbeza.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa