Ibu bapa teladan utama benteng elak budaya buli

KOTA KINABALU – Isu buli yang semakin mendapat perhatian masyarakat menuntut semua pihak, khususnya ibu bapa, memainkan peranan sebagai contoh teladan terbaik kepada anak-anak.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din berkata, kanak-kanak dan remaja belajar bukan sekadar melalui arahan, tetapi lebih banyak melalui teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah.

“Jika ibu bapa bersikap hormat, berhemah dan mengawal emosi dengan baik, anak-anak cenderung meniru sikap positif itu dalam pergaulan harian,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Halizah berkata, seorang pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa pendidikan awal di rumah adalah benteng utama.

“Apabila ibu bapa bersikap tegas tetapi penuh kasih sayang, anak-anak akan memahami sempadan jelas antara betul dan salah. Ini secara langsung boleh mengekang kecenderungan untuk membuli atau menjadi mangsa buli,” jelas pakar tersebut kata Halizah.

Bagaimanapun, Halizah mengakui terdapat beberapa cabaran yang dihadapi termasuk tekanan hidup, kesibukan bekerja dan kurangnya masa berkualiti bersama anak yang sering kali menyebabkan ibu bapa terlepas pandang aspek pembentukan emosi.

“Malah ada ibu bapa yang menganggap perbuatan buli sebagai perkara kecil atau sebahagian daripada ‘proses membesar’, sedangkan hakikatnya ia boleh memberi kesan trauma jangka panjang kepada mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, selain faktor persekitaran keluarga pengaruh rakan sebaya dan media sosial juga dilihat menjadi penyumbang besar kepada masalah ini yang mana boleh tenggelamkan nilai baik yang diterapkan oleh ibu bapa.

Tegasnya, usaha membendung budaya buli tidak boleh diletakkan di bahu pihak sekolah semata-mata tetapi peranan ibu bapa sebagai model teladan juga sangat penting.

“Jika di rumah anak melihat komunikasi penuh marah dan kekerasan, mereka akan membawa ‘bahasa kekerasan’ itu ke luar dan begitu juga sebaliknya. 

“Sikap, teladan dan didikan ibu bapa menjadi asas pembinaan generasi yang berakhlak.

“Oleh itu, semua pihak menyeru agar keluarga diberi sokongan sewajarnya agar budaya buli dapat dicegah sejak dari rumah” jelasnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar