RM72.7 juta untuk elaun imam, bilal dan guru KAFA Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM72,722,456.00 bagi bayaran elaun imam, bilal, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Terengganu bagi tahun 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, sumbangan tersebut dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dalam satu majlis di Istana Syarqiyyah, pada Ahad.

Menurutnyap, peruntukan itu bertujuan memastikan kebajikan dan penghargaan kepada golongan agamawan terus dipelihara di seluruh negara, termasuk di negeri Terengganu.

“Imam, bilal dan guru agama memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat serta mengimarahkan masjid dan surau. Justeru, kerajaan komited menyalurkan elaun sewajarnya sebagai pengiktirafan terhadap jasa mereka,” katanya melalui hantaran di media sosial.

Inisiatif ini sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan pusat mengabaikan negeri Pantai Timur. Sebaliknya, kerajaan menegaskan bantuan dan peruntukan diagihkan secara adil tanpa mengira negeri atau fahaman politik.

Dengan peruntukan besar ini, diharapkan para guru KAFA, imam, bilal dan guru takmir di Terengganu dapat terus melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mendidik serta membimbing masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas