PM benar perhimpunan aman di hadapan Parlimen – Fahmi

KERAJAAN tidak mengenakan sebarang larangan terhadap penganjuran perhimpunan awam secara aman di hadapan bangunan Parlimen, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, meskipun terdapat cadangan untuk mewujudkan lokasi khusus bagi tujuan penyerahan memorandum atau penyataan pandangan, termasuk di Padang Merbok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak cadangan itu.

Perdana Menteri berpendirian bahawa rakyat tetap berhak berhimpun secara aman di hadapan Parlimen.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa perhimpunan di hadapan Parlimen tidak harus dihalang.

“Cuma diminta agar aspek laluan keluar masuk ke Parlimen dikawal dengan baik supaya tidak menjejaskan urusan ahli-ahli Parlimen dan pihak berkepentingan.

“Walaupun Padang Merbok pernah dijadikan lokasi alternatif, Perdana Menteri tetap berpendirian bahawa hak rakyat untuk berhimpun di hadapan Parlimen tidak harus disekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi serta Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Kementerian Komunikasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025), di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa meneliti keadaan pagar di sekitar Padang Merbok serta melaksanakan penambahbaikan supaya kawasan tersebut dapat dimanfaatkan dengan lebih baik oleh orang awam.

Dua hari lalu, Dr Zaliha mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka pintu pagar Padang Merbok yang terletak berhampiran bangunan Parlimen dan Tugu Negara, bagi membolehkan kawasan itu digunakan sebagai ruang rekreasi dan kegunaan awam.

Menurut beliau, langkah tersebut selaras dengan visi Bandar CHASE yang mengangkat konsep “Bandar Sihat”, memandangkan Padang Merbok mempunyai nilai sejarah dan sesuai dijadikan lokasi aktiviti riadah bersama keluarga dan komuniti.

Fahmi turut mengakui terdapat kelemahan dari segi penyelarasan dan pemakluman dalam beberapa perhimpunan sebelum ini, sehingga menimbulkan isu yang berkaitan dengan kelancaran laluan serta aspek keselamatan.

Related Posts

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

PUTRAJAYA – Bekalan ternakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini berada pada tahap mencukupi untuk menampung keperluan penyembelihan korban di seluruh negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, berdasarkan statistik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

PENDEKATAN bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menubuhkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat mempunyai unsur kekecewaan yang mendalam dan sikap mudah mengaku kalah setiap kali berhadapan tekanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

80 Menu Sabahan tonjol warisan etnik Sabah

80 Menu Sabahan tonjol warisan etnik Sabah

Kanak-kanak lelaki maut, 11 cedera kemalangan 3 kenderaan

Kanak-kanak lelaki maut, 11 cedera kemalangan 3 kenderaan

Parti Kancil Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun M – MAPAN

Parti Kancil Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun M – MAPAN