Kes Zara Qairina: Lima remaja perempuan didakwa di mahkamah esok

JABATAN Peguam Negara (AGC) akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan yang didakwa terlibat dalam kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar juga mengesahkan pendakwaan akan diteruskan seperti biasa mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).

“We will proceed (kita akan teruskan),” katanya dipetik BH Online, hari ini

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pasukan peguam keluarga Allahyarham yang memohon pendakwaan terhadap lima remaja terbabit dalam kes buli itu ditangguh sementara.

Pasukan peguam itu dalam satu kenyataan hari ini turut memohon supaya pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Kenyataan itu menyebut, pertuduhan yang dicadangkan iaitu Seksyen 507C (1) adalah terlalu ringan, tidak sepadan dengan tragedi yang berlaku dan mengelak ‘double jeopardy’ (seseorang tidak boleh dibicarakan atau dihukum dua kali atas kesalahan sama) daripada diguna pakai di masa depan.

Untuk rekod, Seksyen 507C (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semalam, Mohd Dusuki mengesahkan lima suspek terbabit kes buli pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah itu, akan didakwa di mahkamah, esok.

Related Posts

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

KUALA LUMPUR – Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual berlangsung di Mahkamah Sesyen hari ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen hari ini, masih menerima rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia