Wanita maut kereta terbabas sebelum dirempuh SUV

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala suami, bayi dan dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 148.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat Maran, petang semalam.

MPV itu dikatakan terbabas dan berada dalam keadaan melintang di tengah laluan sebelum dirempuh kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Proton X70.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam nahas jam 5.45 petang itu, mangsa, Nik Nur Emylia Najwa Ismail, 19, beralamat dari Gua Musang, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, suami mangsa berusia 20 tahun dilaporkan parah manakala bayi mereka berusia 1 tahun dan dua penumpang berusia 17 tahun iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Gua Musang turut cedera.

“Pemandu SUV jenis Proton X70, seorang pesara wanita berusia 63 tahun juga dilaporkan cedera dalam nahas itu,” katanya.

Kim Wai memaklumkan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV jenis Perodua Alza dipandu mangsa dari arah Kuantan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Gua Musang terbabas sebelum melintang di tengah laluan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa yang bekerja sendiri itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan dan berpusing melintang di tengah jalan.

“Pada masa sama, SUV dipandu warga emas dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi MPV berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.

“Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut di mana salah seorang (suami mangsa) dirawat di zon merah, bayi dan dua penumpang lagi di zon kuning manakala pemandu SUV di zon hijau,” katanya.

Kim Wai berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat