Undang-undang benteng terakhir lindungi keselamatan wanita – Vivian

SANDAKAN – Undang-undang seharusnya menjadi benteng terakhir dalam menegakkan norma masyarakat serta menjamin keselamatan rakyat, khususnya kaum wanita.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu yang hanya mengenakan denda RM25 terhadap seorang lelaki kerana menceroboh tandas wanita untuk mengintai baru-baru ini.

Vivian menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak munasabah dan menyimpang daripada fungsi undang-undang sebagai penghalang jenayah.

“Perbuatan menceroboh tandas wanita untuk mengintai jelas bertentangan dengan norma masyarakat.

“Lebih-lebih lagi apabila pelaku berdiri menunggu di luar ruang tandas untuk mengintai.

“Tindakan sebegini bukan sahaja mengejutkan, malah menjejaskan rasa selamat wanita dalam kehidupan harian mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, di bawah Kanun Keseksaan, kesalahan seumpama itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Namun apabila kesalahan yang jelas menceroboh keselamatan dan maruah wanita hanya dikenakan denda ringan, timbul persoalan bagaimana undang-undang dapat diyakini untuk melindungi rakyat dan menimbulkan rasa gentar kepada pelaku,” katanya.

Vivian turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang mendakwa kes itu di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Sabah, sedangkan kes serupa di sebuah pusat beli-belah pada 2017 pernah menggunakan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Pendakwaan yang menggunakan Ordinan Kesalahan Kecil jelas kurang peka dan gagal memahami tahap serius kejadian serta implikasi sosial yang berpotensi berlaku.

“Kita mesti memandang serius setiap perbuatan yang mencabuli keselamatan wanita, jika tidak lebih banyak kes seumpama ini akan berlaku,” katanya.

Menurut Vivian, rakyat memerlukan sistem perundangan yang benar-benar mampu menjaga keselamatan mereka, bukan sekadar wujud secara simbolik.

“Kami mohon penjelasan berhubung hukuman ringan yang dikenakan,” ujarnya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014