Skibidi kini dalam Kamus Cambridge

LONDON – Ribuan perkataan baharu – termasuk slanga media sosial popular – seperti: Skibidi’, ‘tradwife’ dan ‘delulu’ ditambahkan dalam Kamus Cambridge tahun ini.

Istilah slanga ‘skibidi’ asalnya perkataan karut, menyertai kamus dalam talian terbesar di dunia dalam 12 bulan lalu.

Menurut takrifan kamus, ia adalah ‘satu perkataan yang boleh mempunyai makna berbeza seperti ‘cool’ atau ‘bad,’ atau boleh digunakan tanpa makna sebenar sebagai jenaka’.

Istilah ini dicipta oleh pencipta siri video animasi viral di YouTube yang dipanggil ‘skibidi toilet’, menurut Kamus Cambridge.

“Budaya internet sedang mengubah bahasa Inggeris dan kesannya sangat menarik untuk diperhatikan dan dimasukkan ke dalam kamus,” kata Colin McIntosh, pengurus program di Kamus Cambridge.

Perkataan ‘tradwife’ singkatan untuk ‘traditional wife’ (isteri tradisional), juga semakin popular, menurut Kamus Cambridge lagi.

Bermaksud seorang wanita yang sudah berkahwin yang tinggal di rumah melakukan kerja memasak, mengemas, dan mempunyai anak yang dijaganya, takrifan kamus juga menyatakan bahawa ‘tradwife’ adalah ‘seseorang yang membuat hantaran di media sosial’.

Selain frasa baharu, beberapa versi singkatan bagi istilah sedia ada turut ditambah, termasuk ‘delulu’ dengan takrifan ‘mempercayai perkara yang tidak nyata atau benar, biasanya kerana anda memilih untuk melakukannya’.

McIntosh berkata, Kamus Cambridge hanya menambah perkataan yang mereka percaya akan kekal relevan dalam jangka masa panjang.

“Bukan setiap hari anda dapat melihat perkataan seperti ‘skibidi’ dan ‘delulu’ masuk ke dalam Kamus Cambridge.

“Kami hanya menambah perkataan di mana kami fikir ia akan mempunyai ‘daya tahan’ yang lama,” katanya.

Related Posts

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Nepal beri amaran risiko akibat perubahan iklim makin meningkat

ISLAMABAD – Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah, semalam menekankan bahawa risiko semakin meningkat akibat perubahan iklim, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan susulan bencana banjir kilat dahsyat melanda negara Himalaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak