Sarawak lancar Projek E-Penambang perintis mobiliti sungai hijau

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke era baharu pengangkutan sungai dengan pelaksanaan Projek E-Penambang, iaitu usaha menaik taraf perahu tambang tradisional kepada sistem elektrik yang lebih selamat, mesra alam dan efisien tanpa mengabaikan nilai warisan.

Pra-pelancaran projek berkenaan berlangsung pada Ahad dengan memperkenalkan sembilan buah perahu tambang elektrik serta pembangunan stesen pengecas solar terapung pertama di negeri ini yang terletak di Jeti Pontoon Kampung Sungai Bintangor.

Projek bersepadu ini diterajui oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB), Pusat Kecemerlangan Sarawak (CENTEXS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Difahamkan projek tersebut bermula pada April 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2026.

Konsep E-Penambang diperkenalkan pada 2023 apabila SEB membangunkan prototaip sebelum melaksanakan ujian Proof of Concept di Kuching Waterfront.

Setiap bot dinaik taraf dengan motor elektrik 3kW dan bateri litium 3kWh, yang membolehkan perjalanan lebih senyap, bebas pelepasan karbon serta penjimatan kos operasi sehingga 80 peratus berbanding penggunaan enjin petrol.

Stesen pengecas solar terapung pula menggunakan sistem PV suria dwimuka berkapasiti 19.84kWp dengan kemudahan 10 port pengecasan, di samping berpotensi diperkaya dengan teknologi tenaga boleh diperbaharui lain termasuk sistem simpanan bateri dan hidrogen.

Dalam satu kenyataan, projek ini disifatkan sebagai simbol komitmen berterusan Sarawak dalam mempercepatkan agenda penyahkarbonan serta memperkukuh pembangunan ekonomi hijau.

“Projek E-Penambang menunjukkan kemampuan Sarawak mengintegrasikan teknologi moden dengan warisan sungai, sekali gus mengangkat imej Kuching sebagai bandar pintar yang mampan,” menurut kenyataan itu.

Majlis pra-pelancaran telah disempurnakan olehTimbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. 

Turut hadir Datuk Bandar Kuching Utara  Datuk Hilmy Othman; Pengarah DBKU Ramzi Abdillah;Naib Presiden Kanan Strategi & Pembangunan Korporat SEB Dr Chen serta pegawai kanan DBKU dan SEB.

Foto: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Related Posts

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diteruskan sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

JOHOR BAHRU – Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini dibatalkan susulan pembubaran DUN Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan