Bina segera laluan khas surau medan selera Chini

KUANTAN – Laluan khas untuk ke surau perlu dibina segera bagi kemudahan pengguna dan peniaga medan selera Chini, dekat Pekan.

Ketiadaan laluan khusus itu menyulitkan peniaga dan pelanggan medan selera berkenaan yang ingin ke surau disediakan di situ.

Perkara itu mendapat perhatian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang meluangkan masa meninjau aduan berkaitan isu berkenaan.

“Saya berkesempatan meninjau kawasan Medan Selera Chini. Saya dimaklumkan terdapat sebuah surau di kawasan tersebut, namun masih belum tersedia laluan khusus untuk kemudahan pengguna serta para peniaga di tepi jalan utama,” katanya sambil memberi jaminan masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Beliau juga meninjau keadaan Taman Rakyat Chini susulan terdapat permohonan untuk kerja baik pulih taman permainan itu.

“Kita akan pertimbangkan permohonan itu dan hari ini saya sempat meninjau sendiri keperluan di taman permainan kanak-kanak yang dikenali ‘Taman Kasut’ oleh penduduk setempat.

“Insya-Allah, perkara ini akan diberi perhatian sewajarnya demi kesejahteraan masyarakat setempat,” jelasnya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat