Kalendar Lawat Sandakan perkukuh promosi Sandakan

SANDAKAN – Kalender Acara Lawat Sandakan sempena kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dilancarkan sebagai usaha memperkukuh promosi Sandakan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) berkata, pelancaran dengan kerjasama
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) itu turut mencerminkan pendekatan bersepadu menampilkan keunikan Sandakan kepada pelancong.

Beliau berkata, kalendar itu bukan sekadar tarikh tetapi satu identiti Sandakan.

“Dari sejarah yang kaya, makanan tempatan, festival berwarna-warni hingga kepada keindahan alam semula jadi dan hidupan liar, semuanya menggambarkan inilah Sandakan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan ‘Visit Sandakan Event Calendar’ di San Da Gen Kopitiam, di sini, pada Sabtu.


Program berkenaan disempurnakan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.


Tambah Teo, pemilihan ikon beruang matahari sebagai maskot rasmi VM2026 turut memberi kelebihan besar kepada Sandakan kerana Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) yang pertama dan satu-satunya di dunia terletak di daerah ini.

“Ini peluang besar untuk mengangkat lagi reputasi Sandakan sebagai destinasi wajib dikunjungi di Borneo.

“Kita harus teruskan kerjasama bermakna ini untuk mengukuhkan jenama dan kedudukan Sandakan,” jelasnya.

Sementara itu, Vivian berkata, pelancaran kalender acara tersebut akan menjadi platform penting menonjolkan Sandakan di mata masyarakat tempatan serta dunia.

“Dengan perkembangan positif susulan penurunan tahap nasihat perjalanan oleh kerajaan Australia, Jepun dan Amerika Syarikat ke pantai timur Sabah, ini khabar gembira untuk Sandakan kembali bangkit,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua industri pelancongan yang terus tabah menghadapi cabaran sewaktu pandemik dan menyeru kerjasama padu antara STAN, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan komuniti serta rakan acara sektor awam dan swasta bagi memastikan setiap acara dalam kalender itu berjaya.

“Lebih erat kita bersatu, lebih kukuh identiti Sandakan diketengahkan sekali gus membuka peluang besar untuk pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan,” ujarnya.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas