Panas terik tidak halang orang ramai solidariti untuk Zara Qairina

KOTA KINABALU – Cuaca panas terik tidak menghalang ratusan orang untuk berhimpun menuntut keadilan dalam solidariti kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Himpunan itu berlangsung di Taman Chong Thien Vun selama empat jam yang dihadiri kira-kira 300 orang masing-masing membawa ‘banner’ dan sepanduk dengan tanda pagar #justiceforzara, pada Sabtu.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press mendapati, kira-kira 20 wakil terdiri daripada pemimpin mahasiswa dan NGO tampil menyampaikan ucapan.

Antara intipati ucapan mereka termasuklah tekad untuk tidak berhenti menuntut keadilan selagi kebenaran belum ditegakkan.

Perhimpunan itu turut disertai peguam kepada keluarga Allayarhamah Zara, Hamid Ismail.

Sementara itu, perhimpunan sama turut diadakan di Lintasan Deasoka dengan kehadiran lebih 300 orang awam kira-kira pukul 7 malam.

Pada perhimpunan itu, orang ramai diberi peluang untuk menyampaikan ucapan secara terbuka selain diserikan dengan kehadiran Persatuan Kedayan Sarawak yang berkonvoi kira-kira lapan jam dari Miri, Sarawak.

Sepanjang berlangsungnya kedua-dua perhimpunan itu, suasana kekal tenang, tertib dan bebas daripada sebarang unsur provokasi.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara