KPT teruskan siri jelajah perkenal IPT ke seluruh negeri – Mustapha

SANDAKAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus melaksanakan siri jelajah ke seluruh negeri bagi memperkenalkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah kementerian itu khususnya Kolej Komuniti, Politeknik dan Universiti Awam.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, masyarakat perlu tahu bahawa peluang belajar terbuka luas tanpa mengira umur, terutamanya melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan Kolej Komuniti.

“Di Kolej Komuniti, sesiapa sahaja boleh hadir belajar melalui kursus pendek seperti yang dianjurkan hari ini (Sabtu).

“Kita mahu beri peluang kepada masyarakat untuk tambah ilmu dan kemahiran,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Tinggi Untuk Komuniti @ Sabah Siri Kelima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, untuk siri kali ini, 10 kursus percuma ditawarkan kepada peserta antaranya anyaman bakul plastik, dekorasi bunga, penyediaan makanan bajet, pendawaian elektrik dan asas penyelenggaraan penyaman udara.

“Alhamdulillah, sambutan kali ini paling baik setakat siri jelajah ini dan kursus itu memberi manfaat kepada golongan wanita dan belia untuk menjana pendapatan baharu,” katanya.

Tambah Mustapha, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya sembilan lokasi di Sabah tahun ini bagi memperkenalkan Kolej Komuniti secara lebih dekat kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) juga komited membantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memohon projek di bawah inisiatif Sejati MADANI dengan siling peruntukan sehingga RM100,000 bagi manfaat penduduk setempat.

“Kita bukan saja bantu dari segi penyediaan kertas cadangan dan dokumentasi tetapi turut beri khidmat teknikal sepanjang proses permohonan dan pelaksanaan projek,” katanya.


Related Posts

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mutu universiti menjadi faktor penting dalam menentukan masa depan generasi, justeru institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu memastikan standard kecemerlangan terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap segala spekulasi berkaitan institusi Undang di Negeri Sembilan dapat diselesaikan secara muafakat melalui saluran sah serta kebijaksanaan pihak berkaitan. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang