OP Sohor: Pegawai kanan ATM, wartawan antara 10 direman SPRM

PUTRAJAYA – Dua wartawan agensi media dalam talian antara 10 individu termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula Khamis selepas ditahan menerusi Op Sohor, pada Rabu.

Turut direman adalah seorang pengurus syarikat, seorang pembantu pentadbiran di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan seorang wanita warga asing berhubung siasatan kegiatan sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Empat suspek lelaki direman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos 2025, dua lelaki dan seorang wanita direman selama dua hari sehingga 18 Ogos 2025, manakala dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia direman selama tiga hari sehingga 15 Ogos 2025.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sumber memaklumkan, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam berusia lingkungan 30 sehingga 55 tahun itu ditangkap di sekitar Lembah Klang menerusi Op Sohor dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu.

Pegawai-pegawai kanan perisikan tentera tersebut dipercayai bersubahat dan membocorkan maklumat-maklumat operasi kepada sindiket penyeludupan bagi mengelakkan sindiket terbabit daripada dikenakan tindakan.

“Barang seludup yang dibawa masuk ke negara ini terdiri daripada dadah serta rokok dan barang-barang lain dari negara-negara jiran yang melibatkan nilai barangan seludup kira-kira RM5 juta sebulan,” katanya.

Sumber berkata, hasil risikan yang dijalankan selama 12 bulan mendapati, sindiket ini dipercayai membayar rasuah antara RM30,000 hingga RM50,000 kepada pegawai-pegawai kanan tentera berkenaan setiap kali menyeludup masuk barangan berkenaan.

“Rangkaian penglibatan pegawai-pegawai kanan tentera terbabit di dalam sindiket tersebut adalah besar serta kompleks.

“Dalam operasi pada Rabu itu, SPRM turut menemui sejumlah wang tunai lebih RM63,000, beberapa bungkusan dipercayai dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras serta senjata api tiruan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan berkenaan dan berkata, kes disiasat berkaitan jenayah rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu