Sabah lancar pusat autisme kerajaan pertama di Malaysia

KOTA KINABALU – Sabah melancarkan pusat autisme pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, pusat tersebut menawarkan harga yang sangat minimum kepada ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka.

“Pusat autisme ini berbayar, iaitu RM650 bagi setiap pelajar yang masuk ke sini tapi kerajaan memberikan subsidi RM350.

“Jadi bermakna ibu bapa hanya bayar RM300 sahaja.

“Setiap anak-anak yang dimasukkan di sini yang berumur 3 hingga 7 tahun ibu bapa akan mendapat subsidi secara automatik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Pusat Autisme, di sini pada Khamis.

Jelasnya, untuk sementara ini terdapat tiga pusat autisme di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Bagaimanapun, James berkata, ia akan diperluaskan lagi di daerah-daerah lain seperti di Keningau, di Kudat, dan di Beaufort.

Sehubungan dengan itu, beliau juga mengalu-alukan syarikat-syarikat GLC seperti Sabah Maju Jaya Energy (SMJE), Peneraju Tenaga Sabah dalam Industri Minyak dan Gas untuk memberi sumbangan kepada Pusat Autisme di Sabah.

Tambahnya, statistik penghidap autisme di negeri ini juga menunjukkan peningkatan yang mana kini sudah mencecah lebih 6,000 individu.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang