PDA 1974 bukan ‘lesen kekebalan’, hormati hak Sarawak – Ahmad Ibrahim

KUCHING – Kenyataan berhubung kuasa minyak dan gas di Sarawak yang disiarkan di televisyen baru-baru ini disifatkan tidak tepat kerana mengabaikan fakta undang-undang dan sejarah yang telah termaktub sejak pembentukan Malaysia.

Ahli Dewan Negara (Sarawak), Senator Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim menegaskan, isu minyak dan gas di negeri ini tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974), sebaliknya perlu difahami dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Oil Mining Ordinance 1958 (OMO 1958) dan sejarah industri tersebut di Sarawak.

“Sarawak menjadi pengeluar minyak dan gas sejak penemuan di Miri pada tahun 1910, iaitu 53 tahun sebelum Malaysia dibentuk. Undang-undang negeri berkaitan sudah wujud lama sebelum PDA 1974 digubal,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu. 

Beliau menjelaskan, Seksyen 73 Malaysia Act 1963 mengekalkan semua undang-undang negeri yang wujud sebelum pembentukan Malaysia, termasuk OMO 1958 yang masih berkuat kuasa dan memberi kuasa penuh kepada Sarawak mengawal selia pelesenan minyak dan gas di darat serta pelantar benua.

Menurutnya, PDA 1974 terpakai sepenuhnya di negeri-negeri lain yang tidak mempunyai undang-undang seperti OMO 1958, namun di Sarawak, ia tidak boleh mengatasi perundangan negeri seperti OMO 1958, Distribution of Gas Ordinance 2016 (DGO 2016), Kanun Tanah Sarawak dan Cukai Jualan Negeri (SST).

Tambah beliau, DGO 2016 memberi kuasa eksklusif kepada Sarawak untuk melesenkan dan mengawal selia agihan gas domestik. 

“Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) juga diiktiraf Kerajaan Persekutuan sebagai pengagregat tunggal gas bagi pasaran domestik, kecuali gas asli cecair (LNG) yang kekal di bawah pengurusan Petronas bagi tujuan eksport mengikut Perjanjian Penyelesaian Komersial 2020,” jelas beliau. 

Ahmad turut mengingatkan Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2020 telah memutuskan Sarawak berhak mengenakan SST ke atas produk petroleum, dan Petronas telah melunaskan bayaran selepas menarik balik rayuan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak, termasuk Ahli Parlimen, agar tidak membuat kenyataan berasaskan khabar angin yang boleh mengelirukan rakyat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil langkah tepat menghormati hak Sarawak. Isu ini perlu dilihat dari sudut undang-undang dan sejarah sebenar, bukan dari persepsi semata-mata,” tegasnya.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 

Related Posts

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber