Penolong pengurus ladang sawit dilapor hilang

MUKAH – Pihak polis mencari penolong pengurus yang dilaporkan hilang oleh pihak pengurusan Ladang Sawit Solar Green di sini sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias, menyatakan bahawa Muhamad Eizzul Mohamad, 33, kali terakhir dilihat oleh rakan sekerjanya sekitar 7.30 petang pada 7 Ogos lalu.

Polis menerima laporan berkenaan kehilangan Muhamad Eizzul pada 1.40 petang semalam daripada pihak pengurusan ladang tersebut.

Menurut pelapor kes kehilangan, lelaki Melayu tersebut berkulit kuning langsat, berbadan gempal dan dilihat kali terakhir memakai t-shirt warna gelap serta seluar jeans.

“Alamat terakhirnya adalah di rumah pekerja ladang sawit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, SM Abdul Rahman Maerrad di talian 013-8029577.

Maklumat juga boleh disalurkan ke pusat kawalan IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis terdekat.

Related Posts

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan