AMK P.Pinang kecam tindakan kibar Jalur Gemilang terbalik

PULAU PINANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengecam keras tindakan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan premis perniagaan Jinly Hardware Trading, Taman Bertam Perdana, Kepala Batas.

Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal menyifatkan perbuatan tersebut sebagai biadab, tidak bertanggungjawab dan menghina maruah negara, khususnya ketika rakyat sedang menyambut bulan kemerdekaan.

“Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan, perpaduan dan harga diri rakyat Malaysia.

“Mengibarkannya secara terbalik merupakan satu penghinaan yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, AMK Pulau Pinang menuntut siasatan segera oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang diambil sekiranya perbuatan tersebut didapati disengajakan.

Selain itu, pihaknya menggesa pemilik premis tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, serta menyeru semua pemilik premis di negeri ini memastikan Jalur Gemilang dikibarkan dengan betul mengikut protokol yang ditetapkan.

Muhammad Zakwan menegaskan Jalur Gemilang bukan sekadar hiasan, sebaliknya melambangkan pengorbanan pejuang kemerdekaan dan identiti negara yang harus dihormati.

“Cukup-cukuplah dengan alasan ‘tidak sengaja’ atau ‘silap pasang’. Kita memerlukan kesedaran, bukan alasan,” tegasnya.

Related Posts

Bukan jenayah terpencil, pendidikan awal dan penguatkuasaan penting bendung pedofilia

PENDIDIKAN awal kepada kanak-kanak, pemerkasaan penguatkuasaan serta kerjasama semua pihak perlu diperkukuh bagi membendung ancaman pedofilia dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak di negara ini. Menurut Profesor di Jabatan Psikologi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak benar dakwaan rakyat China mudah mendapatkan kewarganegaraan

DAKWAAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan kewarganegaraan kepada rakyat China sesuka hati adalah berita palsu yang sengaja dicipta untuk membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan. Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu