KUNAK – Seorang warga emas lelaki cedera parah tersepit selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan tong gas LPG di Jalan Lormalong, di sini, petang Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pukul 1.38 petang sebelum sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berumur 62 tahun, tersepit dikeluarkan pasukan bomba manakala dua mangsa cedera ringan iaitu wanita berumur 52 tahun dan lelaki 15 tahun yang berada dalam kenderaan sama keluar sendiri dari kenderaan mereka sebelum ketibaan Bomba.
“Pemandu lori tong gas tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Kesemua mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Alza diserahkan kepada pegawai perubatan untuk dibawa ke Hospital Kunak bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi kemudian ditamatkan pukul 2.10 petang.
Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian
MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…
Lebih lanjut


