Usaha basmi buta huruf tanggungjawab bersama – Hasbi Habibollah

LIMBANG – Usaha membasmi buta huruf perlu didukung seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia, sama ada golongan muda mahupun warga emas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, agenda itu selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah inisiatif Education For All.

Menurutnya, pembasmian buta huruf di Malaysia merupakan matlamat besar kerajaan yang diselaraskan Kementerian Pendidikan di bawah Matlamat 4 (Goal 4) yang memberi penekanan terhadap peningkatan keupayaan literasi, khususnya dalam kalangan orang dewasa.

“Peningkatan literasi dewasa (Increase Adult Literacy) adalah sebahagian sasaran penting bagi memastikan rakyat dapat bersaing dalam dunia moden,” katanya ketika merasmikan Program Kelas Literacy Education For Adult Skills (LEADS) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen P.221 Limbang di Dewan Kemas, semalam.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menyeru semua agensi terlibat, khususnya Kemas, untuk memastikan agenda kerajaan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan, terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, program anjuran KEMAS seperti hari ini merupakan salah satu kaedah terbaik bagi memastikan dasar kerajaan sampai ke akar umbi.

“Melalui program ini, KEMAS menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu pengetahuan serta memanfaatkannya dalam kehidupan seharian.

“Usaha ini dapat meningkatkan semangat mereka, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ilmu kerohanian dan modal insan dalam masyarakat,” ujarnya.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza