Pemotong rumput cederakan polis dipenjara lapan bulan

KUANTAN – Seorang pemotong rumput dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini atas tuduhan mencederakan anggota polis menggunakan parang di FELDA Bukit Kuantan, dekat sini, pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, hukuman penjara ke atas tertuduh, Muhamad Firdaus Abdul Hamid, 37, bermula dari tarikh dia ditangkap.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Ahmad Mokhlis, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan anggota polis, Muhammad Shafril Izzwan Ismail, 37, menggunakan sebilah parang panjang dan dua parang pendek yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di FELDA Bukit Kuantan kira-kira jam 5.15 petang pada tarikh berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Azlan Mohd Arish@Arshad merayu agar hukuman penjara diringankan.

Manakala pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira kesan tindakannya ke atas mangsa.

Majistret Ellyna Othman dalam keputusannya mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu sebelum menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan anggota berpangkat koperal dari Balai Polis Panching itu cedera selepas ditetak menggunakan parang ketika cuba menenangkan tertuduh.

Related Posts

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

KOTA KINABALU – Harga tiket penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur yang melonjak tinggi, khususnya ketika musim puncak, perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sekadar isu kos perjalanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut