Anwar impi pingat emas pertama Olimpik 2028

TEMASYA Olimpik Los Angeles 2028 dilihat peluang terbaik kontinjen negara menamatkan penantian pingat emas pertama Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan sasaran itu mampu dicapai hasil pelbagai sokongan dan bantuan yang disalurkan kerajaan.

Perdana Menteri secara berseloroh menyandarkan impian itu untuk digalas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Saya rasa kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan amat proaktif dan sangat menyokong.

“Anda semua ada menteri yang bagus dan selalu ‘ganggu’ saya minta lebih banyak dana.

“Semua orang sedang menunggu. Di bawah Hannah dan Norza, kita mengharapkan sekurang-kurangnya satu pingat emas untuk Sukan Olimpik.

“Jika tidak, mereka akan menghadapi masalah,” katanya berseloroh ketika berucap pada majlis pecah tanah Olympic House di Bukit Jalil, semalam.

Sebagai rekod, pelbagai sokongan serta bantuan disalurkan – termasuk peruntukan sebanyak RM13.283 juta – melalui program Road to Gold (RTG) sejak tahun 2023.

Kontinjen negara pulang dari Sukan Olimpik Paris 2024 dengan membawa dua pingat gangsa.

Bagi merealisasikan impian emas itu, Anwar menegaskan bahawa pembangunan bakat di peringkat akar umbi perlu diberi keutamaan.

Malah, beliau mendedahkan telah berbincang dengan Hannah untuk meneliti dan meningkatkan kualiti serta kemudahan di sekolah-sekolah sukan seluruh negara.

“Saya telah berbincang dengan menteri untuk melihat sekali lagi tentang sekolah sukan.

“Apa sahaja yang perlu, kita akan bantu. Pastikan mutu ditingkatkan dan kemudahan diberikan,” katanya lagi seperti dilapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri turut mengingatkan pemaju Olympic House, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), untuk menyiapkan projek tersebut lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Ini kerana, katanya, ia menjadi simbol penting masa depan sukan negara.

“MRCB perlu ingat, siapkan bukan mengikut jadual, tetapi lebih awal daripada jadual,” tegasnya.

Olympic House akan dibina di atas tanah seluas 2.1 hektar dengan keluasan lantai kasar berjumlah 140,973 kaki persegi.

Ibu pejabat baharu MOM di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil itu juga bakal menghimpunkan 58 persatuan sukan di bawah satu bumbung, sekali gus memperkukuh kerjasama dan meningkatkan tadbir urus dalam pengurusan sukan negara.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama