Kes Zayn Rayyan: Perkataan ‘berkemungkinan’ adalah samar – Pakar psikologi

PERKATAAN ‘likely’ atau ‘berkemungkinan’ digunakan dalam pertuduhan pengabaian terhadap ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin samar dan tidak jelas dari segi maksud.

Pakar psikologi Dr Noor Aishah Rosli, memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah membuat kenyataan itu semasa pemeriksaan utama oleh peguam bela Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira Abdul Manaf.

Beliau berkata, perbuatan diklasifikasikan sebagai pengabaian – sama ada secara emosi, fizikal, atau pendidikan, mesti berlaku secara konsisten dan dalam tempoh masa tertentu, lapor FMT, hari ini.

“Konsepnya ialah pengabaian melibatkan tindakan berulang dalam jangka masa tertentu,” katanya.

Noor Aishah, 49, yang mengendalikan klinik swasta menjelaskan, Persatuan Psikologi Amerika dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia turut berpegang kepada takrifan itu.

Haresh kemudian merujuk kepada pertuduhan menyatakan tertuduh mengabaikan Zayn ‘dalam cara yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal kepadanya’, dan bertanya sama ada pertuduhan terbabit menjelaskan bagaimana pengabaian itu berlaku.

“Jika kita lihat kepada ayat itu, perkataan ‘berkemungkinan’ membawa maksud yang tidak pasti,” jawabnya.

Haresh kemudiannya merujuk saksi pembelaan kelima itu kepada beberapa dokumen termasuk laporan polis Ismanira ketika Zayn dilaporkan hilang, laporan bedah siasat, serta rekod perubatan Zayn dari Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

Haresh: Adakah apa-apa dalam laporan tersebut yang boleh dikaitkan dengan pengabaian?

Noor Aishah: Tiada. Tidak ada apa-apa dalam laporan yang berkaitan dengan pengabaian.

Haresh: Adakah apa-apa dalam rekod perubatan yang menunjukkan Zayn diabaikan atau didera?

Noor Aishah: Tiada.
Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa tahun lalu kerana mengabaikan anak mereka.

Zaim telah dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kesalahan yang didakwa itu berlaku di PJU Damansara Damai antara tengah hari 5 Disember 2023 – ketika Zayn dilaporkan hilang – sehingga 9.55 malam keesokan harinya, apabila mayatnya ditemui di sebuah anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi mengetuai pihak pendakwaan.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu