Ab Rahaman Ketua Polis Johor yang baharu

JOHOR BAHRU – Jawatan Ketua Polis Johor kini digalas Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Komisioner Ab Rahaman Arsad.

Pelantikan beliau itu sekaligus menggantikan Datuk M Kumar yang kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Johor diadakan hari ini dengan Kumar, 56, menyerahkan nota serah terima tugas dan tongkat kuasa kepada Ab Rahaman, 58, sambil disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Terdahulu, Abdul Aziz turut memakaikan pangkat Komisioner kepada Ab Rahman pada Majlis Pemakaian Pangkat Komisioner Polis, hari ini.

Ab Rahaman yang berasal dari Kulai, Johor, memulakan kerjaya polis pada 1989 dan pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Kedah.

Kumar pula yang memulakan khidmat dalam PDRM pada 1 Disember 1991 sebagai inspektor pernah menjadi Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua JSJ Johor, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Daerah Mersing.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor antara Datin SP Shanthi dan Salwah Mahdan yang disaksikan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Selmiah Tuan Ibrahim.

Related Posts

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

KANGAR – Kurang satu peratus banduan yang menjalani program pemulihan dalam komuniti di Perlis kembali melakukan kesalahan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan itu dalam membantu mereka kembali kepada masyarakat. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis