330 saman trafik dikeluarkan dalam operasi IPD Miri, tumpu kesalahan nombor pendaftaran

MIRI – Sebanyak 330 saman dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam satu operasi khas yang dijalankan selama seminggu bermula 28 Julai hingga 3 Ogos lalu.

Operasi yang melibatkan seorang pegawai kanan bersama 13 anggota itu memeriksa sebanyak 509 buah kenderaan dan 571 individu, dengan fokus utama terhadap kesalahan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mematuhi peraturan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, daripada jumlah saman yang dikeluarkan, sebanyak 48 saman adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’, manakala 47 saman lagi melibatkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Kesalahan ini merupakan antara tumpuan utama kerana ia melanggar Seksyen 14(4), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda antara RM300 hingga RM3,000,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, 235 saman lain turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lain sepanjang operasi dijalankan.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan masing-masing berada dalam keadaan sah dari segi lesen, cukai jalan dan insurans serta mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400 atau menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Related Posts

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis
  • AdenAden
  • September 13, 2026

KULAI – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Perodua Myvi selepas pemandunya bertindak agresif merempuh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Kenari, Bandar Putra, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

  • By Aden
  • September 13, 2026
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis