‘Jom Beli di Pasar Sin Onn’, DAP Tawau agih baucar kepada 308 penerima JKM

TAWAU – Seramai 308 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima baucar bernilai RM100 seorang daripada DAP Tawau menerusi program ‘Jom Beli di Pasar Sin Onn’.

Ahli Jawatankuasa Negeri DAP Sabah merangkap wakil pasukan DAP Tawau, Yap Wui Lip berkata, program itu bukan sahaja membantu penerima tetapi secara tidak langsung merancakkan ekonomi peniaga kecil di Pasar Sin Onn.

“Kami akan terus melakukan program kebajikan, tidak pernah berhenti menjaga setiap sudut komuniti ini dan apapun yang berlaku di Tawau, DAP tidak pernah berhenti berkhidmat kepada masyarakat.

“Semoga baucar RM100 ini, walaupun kecil, mampu memberi sedikit kelegaan dan harapan kepada penerima dan meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Program julung kali anjuran DAPTawau berbentuk baucar beli-belah itu menyasarkan golongan berpendapatan rendah sebagai usaha untuk mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah.

Setiap penerima menerima baucar berjumlah RM100 yang terdiri daripada 5 keping RM10 dan 10 keping RM5 dan hanya sah digunakan di Pasar Sin Onn, bermula Ahad lepas hingga 9 Ogos ini.

Sekiranya jumlah pembelian kurang daripada nilai baucar, peniaga dikehendaki memulangkan baki dalam bentuk wang tunai.

Dalam pada itu, Yap turut mengajak para penerima untuk menyokong peniaga dan penjaja tempatan ketika menggunakan baucar agar semangat saling membantu dapat terus mengalir di pasar dan membentuk kitaran sokongan komuniti.

DAP Tawau turut menyatakan komitmen untuk meneruskan dan memperluas program seumpama ini di masa hadapan bergantung kepada sumber yang ada demi membantu lebih ramai lagi komuniti yang memerlukan bantuan.

Related Posts

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

SANDAKAN – Pemerkasaan wanita perlu dilihat secara menyeluruh dengan memberi perhatian terhadap aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, perlindungan serta peluang ekonomi bagi memastikan golongan itu terus menjadi pemacu pembangunan negeri. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

  • By Fandi
  • September 12, 2026
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi