PN tidak perlu main isu air, elektrik di Sabah sebagai propaganda murahan

KOTA KINABALU – Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu menyifatkan isu air dan elektrik di Sabah yang dimainkan oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini semasa Jelajah PN di Tawau sebagai propaganda murahan.

Beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya memainkan isu tersebut memandangkan beliau dahulu juga pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh yang lama namun masih gagal menyelesaikan masalah itu.

“Perikatan Nasional semalam datang untuk buat jelajah ‘Kasih Bagus Sabah’. Sebenarnya Sabah ni memang sudah bagus dan yang penting kita kasih tambah bagus lagi.

“Apa yang disebutkannya, dia tak perlulah mainkan politik air, api ni sebagai satu propaganda murahan.

“Sebab seperti mana Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia pun tahu dia sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia lama dan Sabah sudah berada di dalam Malaysia begitu lama daripada tahun 1963 kan kita membentuk negara Malaysia.

“Jadi kalau itu dia tidak mampu buat, kenapa dia mahu datang tiba-tiba dia mahu tawarkan perkara-perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan TMP semasa Majlis Pelancaran Iltizam Wanita Harapan Sabah 2025 di Dewan Serbaguna Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad, Darau, di sini, pada Ahad.

Jelasnya, ketika kepimpinan Muhyiddin, setiap kali menjelang pilihan raya rakyat hanya disajikan dengan projek tiang elektrik dan kabel serta sedikit penambahbaikan yang masih tidak menyelesaikan masalah.

Namun hari ini, di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah membuktikan komitmen sebenar yang mana sebanyak 144 projek berjaya dilaksanakan dalam tempoh kurang tiga tahun, melibatkan peruntukan mencecah RM14 bilion.

“Dulu kita masih ingat di bawah Muhyiddin juga, bila pilihan raya ialah tiang elektrik, kabel dan kasih bagus sikit-sikit tapi tidak juga selesai.

“Di peringkat Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan, seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita dah ada 144 projek dalam tempoh kurang 3 tahun dengan belanja peruntukan RM14 bilion,” katanya.

Tegasnya, kejayaan itu menunjukkan komitmen kerajaan pada hari ini untuk membuat penambahbaikan.

Katanya lagi, agenda pembangunan tidak hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia, sebaliknya turut merangkumi Sabah dalam usaha memastikan keadilan pembangunan untuk semua negeri.

“Apa yang kita lakukan di Semenanjung, kita juga akan cuba bangunkan Sabah bersama-sama mengangkat lagi martabat rakyat tanpa mengira kaum, tanpa mengira agama, semua adalah anak-anak Malaysia,” tambahnya.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

KUALA LUMPUR – DAP menolak dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa parti tersebut telah memberi tekanan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, untuk membubarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM