Anwar arah siasatan telus kes kematian pelajar di Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar siasatan berhubung kematian seorang pelajar sekolah di Sabah dijalankan secara telus, menyeluruh dan berpandukan prinsip kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata, meskipun insiden berkenaan dikaitkan dengan pelbagai spekulasi, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana individu sekiranya terbukti terlibat dalam salah laku jenayah.

“Saya bicara terus dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid, Menteri Dalam Negeri, saya kata buat siasatan segera mungkin, cari segala fakta untuk mereka selesaikan.

“Siapa pun terlibat, Tan Sri, Datuk Seri, Menteri, kalau terbukti melakukan jenayah pembunuhan atau bersubahat, tidak akan diberi perlindungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025, di sini, pada Ahad.

Menurut Anwar, tindakan itu merupakan langkah penting bagi memastikan siasatan dilakukan secara menyeluruh, adil dan telus tanpa sebarang campur tangan atau perlindungan kepada mana-mana pihak.

Tambahnya, laporan siasatan lengkap kes kematian seorang pelajar sekolah di Sabah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. 

“Semalam setelah Majlis Musabaqah Al-Quran, saya panggil Peguam Negara tanya, dia kata, ‘ya, hari Isnin kita dapat’, tapi saya tidak campur. 

“Saya tanya supaya kerana rakyat mahu tahu,” katanya. 

Anwar turut berkata, kes tersebut bukan isu kecil dan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku.

Setakat ini, lebih 60 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan dan Perdana Menteri mengingatkan agar semua pihak menjunjung prinsip negara hukum, bukan membuat fitnah atau tuduhan tidak berasas.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat