Anwar mahu elak pertembungan tiga penjuru di PRN Sabah

KOTA KINABALU – “Cinta itu menyenangkan, kadang-kadang ada sedikit duka, tapi itu makna cinta,” seloroh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai hubungan dan rundingan politik antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau berkata demikian apabila diajukan soalan media berhubung dakwaan wujud ‘cinta tiga segi’ antara tiga gabungan politik berkenaan yang kini dalam proses membentuk kerjasama strategik bagi menghadapi PRN17 akan datang.

Menurut Anwar, perbincangan antara PH, BN dan GRS sedang berjalan dan memberi jaminan bahawa usaha sedang diambil bagi mengelakkan sebarang pertembungan sesama sendiri.

“Kita sedang berunding dengan BN dan juga GRS. Pendapat kami adalah untuk menjaga peraturan supaya tiada pergaduhan berlaku,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama pimpinan Keadilan Sabah di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, Anwar tidak menolak kemungkinan berlaku konflik di beberapa kawasan, namun menyatakan keyakinan bahawa ia boleh diselesaikan melalui rundingan.

“Untuk beberapa kawasan di mana ada konflik ini, saya yakin ia akan berlaku (rundingan).

”Kami telah menghantar mesej kepada ketiga-tiga parti iaitu PH, BN dan GRS.

“Intensi kami adalah untuk memastikan, jika perlu, pertembungan tiga penjuru itu dapat dielakkan kerana itu adalah keutamaan,” ujarnya.

Tambahnya, jika ia berlaku, kemungkinan besar akan cuba untuk tidak menyertai pertarungan itu agar tidak mencetuskan terlalu banyak perpecahan.

Menjawab soalan lain, beliau berkata, soal pengagihan kerusi kini diserahkan sepenuhnya kepada pasukan pilihan raya setiap parti untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah