Program Mahabbah Komuniti MADANI perlu diperluas ke seluruh negara – Zulkifli

SANDAKAN – Program Mahabbah Komuniti MADANI perlu diperluaskan ke seluruh Malaysia termasuk kawasan pedalaman dan pulau bagi memperkukuh silaturahim serta memperkasakan pembangunan komuniti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hassan berkata, perluasan program itu penting supaya penduduk di kawasan terpencil termasuk pulau seperti Kampung (Kg) Tanjung Aru dan Pulau Berhala turut menerima manfaat daripada inisiatif itu.

“Kampung ini sangat unik. Kami datang menaiki bot untuk menyerahkan sumbangan dan bersama-sama mengadakan program Mahabbah Komuniti MADANI di masjid dengan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, jamuan dan pengajian agama.

“Alhamdulillah, kita mendapat kerjasama baik daripada jawatankuasa masjid, ketua kampung dan penduduk setempat,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Mahabbah Komuniti MADANI Peringkat Bahagian Sandakan 2025, di Masjid Nurul Iman, Kg Tanjung Aru, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, program itu bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk tetapi juga membuka ruang untuk melihat potensi pembangunan kampung berkenaan.

“Kita akan bekerjasama dengan jawatankuasa masjid dan penduduk kampung untuk memperkukuh kelas pengajian agama yang sedia ada dari segi kualiti serta kekerapan.

“Agensi hal ehwal agama juga boleh menyokong usaha ini agar pengajian agama di kampung ini lebih teratur dan berkesan,” katanya.

Mengulas mengenai keperluan penambahbaikan masjid di kampung itu Zulkifli berkata, jawatankuasa masjid telah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu dinaik taraf dan pihaknya bersedia menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan bagi tindakan lanjut.

“Pulau ini jauh dari tanah besar, jadi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan di kawasan seperti ini amat penting,” jelasnya.

Dalam program itu, sebanyak 40 bakul makanan diagihkan kepada dua perkampungan yang terlibat.

Turut hadir Pengurus Masjid Kampung Tanjung Aru, Jumat Miyasin; Ketua Kampung Tanjung Aru, Madaud Mangsur; Komander Maritim, Ahmad Firdaus Shaari yang juga Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan; Pemilik The Elopura Hotel, Datuk Md Afendi Hamdan; Ketua Kampung Pulau Berhala, Junior Jikirin serta beberapa agensi termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Related Posts

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat