‘Kunak New Township’ bakal pacu ekonomi, pelancongan

KUNAK – ‘Kunak New Township’ dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekali gus merancakkan sektor pelancongan di kawasan itu. 

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bandar baharu ini dipercayai menjadi pusat aktiviti ekonomi yang turut memberi peluang Kunak maju seiring bandar lain di Sabah. 

“Kita sedia maklum Kunak mempunyai banyak produk pelancongan tapi kemungkinan kemudahan seperti tempat tinggal atau lain-lain tiada dan semua kemudahan ini dapat disediakan oleh pemaju. 

“Apabila wujudnya sebuah bandar, akan wujud juga pasaran. Jadi, penduduk perlu ambil peluang ini untuk mencuba perkara baharu, contohnya menjalankan projek pertanian dan menjual hasilnya di pasar,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kunak New Township @ Mostyn Estate di Simpang 4 Kunak, di sini, pada Khamis.

Menurut Masidi, membangunkan pelancongan bukanlah sesuatu yang mudah di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil seperti Kunak. 

“Saya dimaklumkan bahawa jumlah penduduk Kunak kini antara 65,000 hingga 68,000 orang dan jumlah ini tidak begitu besar untuk membentuk pasaran pengguna yang luas. 

“Namun, apa yang saya lihat ialah pembangunan bandar baharu ini bukan hanya untuk penduduk Kunak, tetapi juga untuk mereka yang melalui kawasan ini, terutamanya pengguna jalan raya Pan Borneo dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan tempat-tempat lain,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau memuji usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif dan Pejabat Daerah Kunak atas komitmen penuh memastikan kemajuan landskap dan peluang industri Kunak. 

Tambah Masidi, kemajuan ekonomi datang daripada sumbangan semua daerah di negeri ini dan setiap daerah memainkan peranan dalam memajukan industri di Sabah secara keseluruhan. 

Bandar baharu yang dibina secara berfasa dijangka siap sehingga 15 tahun itu bakal menyedia kemudahan zon transit dan komersial, zon perindustrian serta zon perumahan.

Related Posts

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

SIBU – Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda perlu dipergiat bagi melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

KUCHING – Sarawak membuktikan keberkesanan pentadbirannya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila berjaya mencatatkan lonjakan pendapatan luar biasa sehingga mencecah RM14.2 bilion. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api