MCW gesa siasatan terperinci salah guna kuasa kelulusan visa perubatan

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam urusan pengeluaran visa perubatan kepada warga asing diperluaskan bagi mengenal pasti jika wujud sindiket dalaman atau pihak luar yang turut terlibat

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan tersebut juga memiliki kemampuan meneliti kemungkinan berlakunya amalan rasuah yang lebih meluas dalam sistem kelulusan visa negara ini.

“Kami percaya, ketegasan terhadap salah laku seperti ini adalah langkah penting untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan, selain memperkukuh kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah global.

“MCW akan terus memantau perkembangan kes ini dan bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan integriti sektor awam negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Jais berpendapat tindakan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merujuk kes tersebut kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan cadangan pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Imigresen dan atau Akta Pasport adalah wajar dan perlu disegerakan.

Jelas beliau, ia bagi menjamin ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam agensi penguatkuasaan.

“MCW menyambut baik dan menyokong penuh langkah tegas EAIC yang telah mengesyorkan pertuduhan jenayah terhadap pegawai Imigresen yang disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pengeluaran visa perubatan kepada warga asing.

“Kita memandang serius dapatan siasatan Pasukan Petugas Khas EAIC yang mendedahkan tindakan meluluskan visa kepada pemohon yang tidak memenuhi syarat serta menggunakan dokumen tidak lengkap, yang jelas melanggar Pekeliling Imigresen Malaysia Bil. 10/2001,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengemukakan syor tindakan jenayah terhadap beberapa pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam meluluskan visa perubatan kepada warga asing secara tidak sah.

EAIC memaklumkan siasatan dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas diketuai Pesuruhjaya EAIC, Datuk Seri Dr Razali Ab Malik berhubung pengeluaran pas lawatan sosial bagi kategori visa perubatan kepada warga asing dari beberapa negara yang tidak mematuhi prosedur ditetapkan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar