Persatuan pemandu teksi anjur demo ‘Kekal Anwar’

SEBUAH gabungan persatuan teksi mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri perhimpunan pada 27 September bagi menyatakan sokongan terhadap pentadbirannya.

Presiden Gabungan Teksi Semalaysia, Kamarudin Hussain berkata, perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, lokasi sama kira-kira 25,000 penunjuk perasaan berkumpul Sabtu lalu bagi menuntut peletakan jawatan Anwar.

Dinamakan sebagai ‘Kekal Anwar’, perhimpunan itu dilaporkan bertujuan untuk menonjolkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Anwar dan usaha Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan reformasi.

“Kami akui, kami hanyalah sebahagian kecil daripada masyarakat, namun kami yakin bahawa suara dan perhimpunan kami ini akan memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada masyarakat dalam negara, malah turut diperhatikan oleh negara luar,” katanya.

Kamarudin berkata, para pemandu teksi percaya bahawa Anwar mempunyai visi dan keupayaan untuk memacu negara ke arah masa depan yang lebih adil dan makmur.

Katanya, kestabilan politik berterusan penting dalam usaha mengekalkan pembangunan ekonomi dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

Selain Anwar, Kamarudin turut dilaporkan mengundang para pelajar, kumpulan masyarakat sivil dan parti-parti politik Pakatan Harapan serta BN untuk hadir, sambil menggesa mereka agar bersatu padu menyatakan sokongan terhadap kerajaan semasa.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan