Pemadam Sarawak giat dekati belia, perangi dadah melalui e-sukan

KUCHING – Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) Cawangan Sarawak terus memperhebat usaha mendekati golongan belia menerusi pendekatan kreatif dan inovatif, termasuk penganjuran aktiviti sukan elektronik (e-sukan) bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Pengerusi Pemadam Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program BreakOff eSports Challenge 2025 (BEC2025) yang kini memasuki edisi ke-10 menjadi platform ampuh dalam menyampaikan mesej pencegahan kepada generasi muda.

“Melalui penganjuran program seperti ini, kita dapat menyampaikan peringatan serta mesej penting berkaitan bahaya dadah kepada peserta, khususnya dalam kalangan belia,” katanya semasa menyempurnakan majlis penutupan BEC2025 di Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) cawangan Santubong pada Ahad.

Menurutnya, Pemadam Sarawak menganjurkan program itu sejak 10 tahun lalu dengan matlamat menarik minat belia ke arah aktiviti sihat dan membina, sekali gus menjauhi pengaruh gejala sosial.

“Pembangunan e-sukan dalam kalangan belia boleh menjadi satu pendekatan alternatif yang positif bagi menghindarkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak menambah, sambutan memberangsangkan terhadap program e-sukan itu membuktikan perlunya sebuah pusat khas e-sukan diwujudkan di Kuching bagi melahirkan pemain bertaraf profesional.

“Jika kita berjaya membina pusat e-sukan di Kuching, ia bukan sahaja akan memberi ruang pembangunan kepada belia, malah mampu melahirkan atlet e-sukan bertaraf dunia,” katanya lagi.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan Kuching City FC dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori permainan bola sepak dalam talian 11-sebelah, sekali gus menutup tirai BEC2025 dengan penuh meriah.

Related Posts

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan