Thailand-Kemboja setuju gencatan senjata tanpa syarat

PUTRAJAYA – Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta susulan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri, Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu.

Turut hadir Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

AS bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.

Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama – gencatan senjata serta merta tanpa syarat – berkuat kuasa tengah malam ini (waktu tempatan) pada 28 Julai 2025.

Ini adalah langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy