Hajiji tekankan peranan Ketua Penerangan Bahagian PGRS, sebar pencapaian kerajaan

KOTA KINABALU – Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua Ketua Penerangan PGRS bahagian untuk memberi penjelasan tentang apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan selama tempoh berkhidmat.

Jelas Hajiji, pihaknya akan menggerakkan semua jentera di bahagian untuk menerangkan kepada rakyat.

“Hari ini kita mulakan persidangan dengan berjumpa dengan Ketua-Ketua Penerangan Parti daripada setiap bahagian semua peringkat.

“Kita gerakkan kita punya jentera bagi penjelasan tentang perjuangan parti, tentang apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini.

“Itu mesti diterangkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Perasmian Seminar Penerangan: Gasak 17 Inilah Masanya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengesa gerak kerja dan strategi komunikasi kepada jentera penerangan agar dapat disampaikan kepada rakyat.

“Inilah yang kita minta mereka supaya aktifkan semua jentera ini, semua peringkat,” katanya.

Sementara itu, Hajiji memberi isyarat akan adanya pengumuman penting berkaitan hala tuju pada Ahad ini.

“Tunggu saja ucapan saya pada hari Ahad,” katanya ketika ditanya berkenaan sebarang ketetapan besar, termasuk hala tuju parti.

Sebagai rekod, seramai 400 orang hadir yang terdiri daripada 74 bahagian dalam empat peringkat iaitu PGRS Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah.

Perhimpunan Agung PGRS akan diadakan sepanjang tiga hari bersidang bermula hari ini sehingga 27 Julai ini.

Related Posts

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti. Naib Canselor UMS, Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan kawasan perkampungan air sebagai langkah menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. Mayor Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX