Zahid ikrar bantu Awie bangunkan Nenggiri

GUA MUSANG – Pengundi di Nenggiri perlu meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Nenggiri) dalam membela nasib masyarakat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.

“Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen dan hari pengundian… saya telah banyak pergi Pilihan Raya Kecil (PRK) dan saya kagum dengan semangat yang ada di sini… insya-Allah kemenangan akan memihak kepada kita kerana jentera bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Temu Mata Bersama Masyarakat Kampung Limau Kasturi, di sini petang semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Awie (Mohd Azmawi Fikri) perlu menang untuk memastikan segala perancangan untuk kawasan tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Abe (Ahmad Zahid) akan tolong Awie untuk bawa kemajuan di Nenggiri kerana hanya Awie yang boleh bawa kemajuan pembangunan di kawasan itu.

“Begitu juga permintaan Awie untuk mewujudkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang juga telah dibincangkan bersama Dr Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Ya, Pengerusi MARA (Asyraf Wajdi) berkata di Gua Musang juga perlu ada GiatMARA Prima … insya-Allah semua perkara ini akan mudah dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin menerusi rundingan dengan Indonesia bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

KUCHING – Kerajaan Sarawak dicadangkan agar membenarkan penjawat awam Persekutuan menggunakan kemudahan kuarters baharu kerajaan negeri yang bakal dibina di Bahagian Mukah bagi menangani isu kekurangan tempat tinggal kakitangan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar