100,000 pengunjung dijangka meriahkan Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan

SKUDAI – Seramai 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini, sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung selama tiga hari.

Ketua Penolong Pengarah Seksyen Program Strategik dan Komunikasi Korporat, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri, Raslina Yahya berkata, program bermula Khamis hingga Sabtu ini memberi tokus kepada pencapaian setahun Ekonomi MADANI dengan Kementerian Ekonomi selaku kementerian peneraju.

“Pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi ditawarkan secara langsung kepada rakyat khususnya mereka yang berada di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan seperti kaunter saman trafik PDRM dengan diskaun 50 peratus, kaunter bayaran cukai tanah, pemberian benih pokok percuma, kaunter saringan kesihatan dan pertukaran topi keledar secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga turut disediakan seperti zoo haiwan jinak, aktiviti berkuda dan pameran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Kecerdasan Buatan (Al).

Malah, terdapat kira-kira 1,000 tempat letak kenderaan selain bas ulang alik juga disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan program yang diadakan seawal 9 pagi hingga 10 malam, manakala pada 17 Ogos (Sabtu) hingga 6 petang.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16