Pilih calon BN untuk realisasi manifesto PN

JIKA mahu manifesto calon PN, Rizwadi Ismail menjadi kenyataan maka yang perlu dipilih adalah calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang turut merasakan manifesto calon PN tidak ada yang istimewa buat rakyat DUN Nenggiri.

Menurutnya, senarai janji-janji dalam manifesto calon PN itu perlu kelulusan dan bajet dari Kerajaan Pusat, bukan negeri.

“Kalau begitu lebih baik pilih calon BN, Awie yang juga calon Kerajaan Perpaduan. Senang berurusan. Baiki jalan, bina taşka baru, selesai tanah Kesedar dan JAKOA melibatkan kerajaan pusat.

“Terdapat janji tuisyen percuma di Nenggiri. Sekarang ini janji-janji percuma hanya bohong. Itu semua wayang dan ada niat untuk ‘dicapati’ ,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas manifesto calon PN, Mohd. Rizwadi Ismail yang dilancarkan Ahad lalu sempena PRK DUN Nenggiri.

Pada PRK DUN Nenggiri Sabtu ini, Mohd Rizwadi turun dengan misi mempertahankan kerusi itu untuk PN yang dimenangi menerusi calon Bersatu pada PRN lalu, Mohd Azizi Abu Naim.

Sementara itu, BN pula mempertaruhkan Mohd Azmawi Fikri sebagai calon dalam usaha merampas semula DUN tersebut yang sebelum ini merupakan kerusi tradisi BN.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia

Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia