PM Anwar arah PDRM pastikan kelancaran himpunan ‘Turun Anwar’

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan oleh Pas berlangsung dalam keadaan aman, lancar dan tanpa sebarang bentuk intimidasi.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, arahan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjunjung prinsip demokrasi dan keluhuran Perlembagaan, termasuk dalam menjamin kebebasan bersuara bagi semua pihak, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“YAB Perdana Menteri menitipkan pesanan agar demonstrasi ini berlangsung secara aman dan tertib.

“Beliau telah mengarahkan pihak PDRM untuk membantu memastikan keselamatan awam terpelihara serta kelancaran perhimpunan dapat dibantu,” kata ketika taklimat media PMO hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan MADANI tetap berpegang pada prinsip bahawa suara pembangkang dan demonstrasi secara aman merupakan amalan demokrasi yang sihat dan matang, selagi ia tidak melanggar undang-undang serta tidak menjejaskan ketenteraman awam.

“Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, ruang bersuara bukan sahaja dibuka luas, malah dihormati.

“Kerajaan tidak menyekat kritikan secara membuta tuli, tetapi meraikan perbezaan pandangan dengan semangat terbuka dan sikap yang bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru seluruh rakyat agar terus menjunjung nilai demokrasi dengan menggunakan akal yang waras, semangat yang matang serta keikhlasan dalam menyatakan perbezaan pandangan.

“Kerajaan MADANI berdiri teguh bukan kerana menutup ruang kritikan, tetapi kerana membuka ruang toleransi dengan penuh ihsan dan istiqamah,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman