Kerajaan Persekutuan diminta pulangkan 25% cukai Johor

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar Kerajaan Persekutuan memulangkan semula cukai negeri ini sebanyak 25 peratus daripada kadar keseluruhan yang diterima.

Titah baginda, ia bagi memastikan segala projek dan perancangan berkaitan infrastruktur negeri yang memerlukan penglibatan Kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan sendiri oleh Kerajaan Johor melalui hasil kutipan berkenaan.

“Saya baru dimaklumkan mengenai kelewatan pembukaan Hospital Pasir Gudang (HPG) yang sepatutnya dibuka secara berfasa bermula Ogos ini dan kecewa kerana ia telah ditangguhkan ke Januari 2026.

“Berikutan beberapa kelemahan baru-baru ini yang berlaku seperti isu gangguan sistem autogate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), hospital, projek tebatan banjir dan sebagainya, ingin saya sampaikan kepada rakyat Johor betapa pentingnya cukai hasil pendapatan negeri Johor harus dipulangkan sebanyak 25 peratus kepada Johor.

“Menerusi pulangan cukai itu, kita tidak perlu membebankan Kerajaan Persekutuan atau meminta permohonan daripada Kerajaan Persekutuan dan terpaksa menunggu sekian lama untuk mendapatkan kelulusan,” katanya dalam hantaran di Facebook baginda pada Selasa.

Titahnya lagi, Johor mampu berdiri dengan kaki sendiri apabila hasil cukai pendapatan negeri sebanyak 25 peratus diberikan semula kepada Johor.

Tahun lalu, Pemangku Sultan Johor pernah membangkitkan isu sama apabila baginda dilaporkan meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk memberi balik 20 hingga 30 peratus hasil cukai yang dikutip dari Johor.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak