Cuti tambahan 15 September lonjak semangat raikan perpaduan kaum – Steven Sim

PUTRAJAYA – Pengisytiharan 15 September 2025  sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia merupakan khabar gembira buat pekerja sektor awam mahupun swasta di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyifatkan, cuti panjang itu juga boleh dimanfaatkan untuk beriadah yang dapat menambah mutu kesejahteraan hidup pekerja di negara ini.

“Cuti tambahan itu juga memberikan ruang buat seluruh rakyat untuk bersama-sama meraikan perpaduan, memperkukuh semangat kebangsaan serta menghargai keistimewaan pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya.

“Aktiviti-aktiviti ekonomi juga dapat dirancakkan ketika cuti panjang sekali gus membawa kesan positif kepada ekonomi setempat,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia mengisytiharkan 15 September depan iaitu hari Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.

Anwar berkata, pengisytiharan itu diharapkan dapat meningkatkan ukhuwah dan perpaduan serta dapat mengingatkan rakyat terhadap kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia.

Sementara itu, Steven Sim menjelaskan, pelaksanaan cuti tambahan tersebut tertakluk kepada peruntukan undang-undang pekerjaan sedia ada iaitu Seksyen 60D (1) Akta Kerja 1955 [Akta 265] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, ia juga tertakluk kepada Ordinan Buruh Sabah (Bab 67); Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) serta Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] sebagai asas pengisytiharan rasmi cuti tambahan oleh kerajaan.

“Sehubungan itu, majikan wajib mematuhi pengisytiharan cuti kelepasan am tambahan tersebut dan boleh memilih untuk memberi hari kelepasan am tambahan berkenaan dan membayar gaji biasa.

“Majikan juga boleh memilih untuk mengarahkan pekerja hadir bekerja dan membayar gaji mengikut kadar hari kelepasan am, atau memberi gantian cuti pada hari lain sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari kelepasan berkenaan.

“Bagi memastikan pelaksanaan hari kelepasan am tambahan yang adil dan teratur, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di seluruh negara bersedia memberi khidmat nasihat serta menjawab sebarang pertanyaan daripada majikan dan pekerja berhubung pelaksanaan hari kelepasan am tambahan ini,” katanya.

Steven Sim, majikan atau pekerja yang memerlukan panduan lanjut boleh menghubungi talian hotline JTKSM di talian 03-8886 5192/5937 atau emel ke jtksm@mohr.gov.my atau hadir ke Pejabat JTK berhampiran.

“Kementerian menyeru semua pihak untuk menghayati semangat Hari Malaysia demi memperkukuh keharmonian dan kesejahteraan negara,” katanya.

Related Posts

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Yasmeen Muhamad Shariff selepas beliau dipilih menganggotai Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama