15 lagi termasuk kanak-kanak terkorban akibat kebuluran di Gaza

SERAMAI 15 penduduk Palestin, termasuk empat kanak-kanak, disahkan meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan semalam, yang memaklumkan kesemua kematian dilaporkan di beberapa hospital utama di wilayah berkenaan.

“Sebanyak 15 kematian dilaporkan, termasuk empat kanak-kanak, berpunca daripada kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam lalu,” kata kenyataan itu, lapor Anadolu.

Kematian terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat kekurangan zat makanan meningkat kepada 101 orang, dengan 80 daripadanya adalah kanak-kanak, sejak Oktober 2023.

Sumber perubatan sebelum ini memaklumkan bahawa seorang pesakit diabetes, seorang kanak-kanak dan seorang bayi turut meninggal dunia akibat komplikasi serius berpunca daripada kekurangan nutrisi.

Pihak berkuasa Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia sebelum ini telah memberi amaran mengenai peningkatan kadar kematian akibat kebuluran, khususnya dalam kalangan kumpulan rentan seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik.

Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarahnya, dengan kebuluran dilaporkan semakin merebak di seluruh wilayah, susulan serangan berterusan rejim Zionis sejak 7 Oktober 2023.

Sejak 2 Mac lalu, rejim Israel telah menutup semua lintasan sempadan ke Gaza, sekali gus menghalang kemasukan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah yang terjejas teruk itu.

Akibatnya, simptom kekurangan zat yang teruk mula muncul dalam kalangan kanak-kanak dan pesakit kronik, manakala sistem kesihatan terus lumpuh sepenuhnya.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat