Polis tahan lelaki tunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dan mengeluarkan 26 saman trafik dalam Operasi Bersepadu Ops Samseng Jalanan di Batu 2, Jalan Apas, di sini, pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki warga tempatan berumur 29 tahun berkenaan ditahan dalam operasi yang bermula pukul 11 malam hingga 12.30 tengah malam. 

“Lelaki tersebut dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk pemeriksaan lanjut dan hasil ujian mendapati bacaan alkohol mencatatkan 117mg dan 72mg/100ml iaitu melebihi daripada paras yang ditetapkan.

“Lelaki tersebut ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Menurut Jasmin, polis juga mengeluarkan sebanyak 26 keping notis saman dan menyita 10 motosikal serta sebuah kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut. 

“Sebanyak 73 buah kenderaan pelbagai jenis dan 30 buah motosikal melibatkan 127 orang awam telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 10 buah motosikal dan sebuah kereta turut disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan pengubahsuaian melampau,” katanya.

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih